GANJARAN
Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumi tentang klasifikasi pengiktirafan ini. Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca.
Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah:
- Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.
- Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.
- Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya.
- Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak menerimanya.
- Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah Nilam.
CADANGAN MASA PERLAKSANAAN NILAM
- Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti-aktiviti untuk Minggu Pusat Sumber .
- gu Pusat Sumber, pelbagai aktiviti boleh dijalankan; seperti Bercerita, Pertandingan Menulis Ulasan Buku, / Berbicara tentang buku yang dibaca (misalnya dalam satu ‘workshop’) / Forum tentang sesuatu buku
- Pelajar meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti membuat ulasan buku atau membaca bersama.
FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAAN YANG PERLU DIBERI PENEKANAN :
- Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber. Penyelaras pusat sumber perlu memastikan koleksi bahan di pusat sumber mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa agar ia dapat menarik minat pelajar untuk sering mengunjungi Pusat Sumber.
- Sokongan pihak pentadbir sekolah. Aktiviti-aktiviti pembacaan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbir kurang memberi sokongan dalam menjalankan sebarang aktiviti pusat sumber. Ini termasuklah menyediakan masa dan hari yang sesuai serta bantuan kewangan untuk menjalankan program ini.
- Penglibatan ibubapa dan guru-guru. Aktiviti membaca akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ibubapa memberi sokongan membaca semenjak dari kecil kepada pelajar. Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam menekankan bacaan murid di sekolah contohnya memuatkan aktiviti-aktiviti bacaan seumpama ‘Teka-Silangkata’ dan latihan menulis ulasan buku dalam pengajaran mereka.
- Perlaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan Anugerah NILAM.
No comments:
Post a Comment