TAHAP RAKAN PEMBACA
CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA :
- Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.
- Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara formal atau tidak formal.
- Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku yang dipinjam akan juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran. Kemudian, pembaca tersebut perlu menandatangani dan membuat sedikit ulasan di dalam buku rekod Rakan Pembaca.
- Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut berapa sesi aktiviti dikali dengan berapa ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP:
MARKAH PENGIKTIRAFAN
100-199 |
Gangsa |
200-299 |
Perak |
300-399 |
Emas |
400 ke atas |
NILAM2 |
No comments:
Post a Comment