Thursday, 26 January 2012

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik ini telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1997. Ia mula beroperasi sepenuhnya pada tanggal 1 April 1997. Sebahagian murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 dari SK Seksyen 6 dibawa ke sekolah ini. Sebanyak 20 kelas dibuka secara keseluruhan. Jumlah murid pada masa ia mula beroperasi ialah seramai 650 orang. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini seramai 30 orang dan sebahagian guru diambil dari SK Seksyen 6. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan.
Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 (2). Pada tahun 1999, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik bersesuaian dengan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam yang sinonim dengan nama Bandar Anggerik.
MAKLUMAT SEKOLAH
NAMA SEKOLAH
SK BANDAR ANGGERIK
ALAMAT SEKOLAH
JALAN NURI 6/1, SEKSYEN 6,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR.
LOKASI
BANDAR
KOD SEKOLAH
BBA8238
GRED : A
TELEFON : 03-55125482 | FAX : 03-55119015

1 comment: